Tuesday, February 8, 2011

BORANG KEAHLIAN ALUMNI SAMTTAJ


Assalamualaikum warahmatullah Tuan-tuan dan Puan-puan yang mulia sekalian,

Untuk merealisasikan impian kita untuk menubuhkan persatuan alumni SAMTTAJ bersatu yang merangkumi semua lapisan bekas pelajar tidak kira yang sudah di pertengahan usia mahupun yang muda pertamanya kita perlulah ada keahlian yang rasmi.

Untuk pengetahuan semua, satu borang online telah direka oleh saudara Ibrahim Yacob dan telah dipersetujui untuk digunakan bagi menggantikan borang hardcopy yang sedia ada. Borang yang komprehensif ini kami harap dapat diisi oleh semua alumni-alumni. Apabila anda masukkan butiran anda dan hantar, maklumat tersebut akan disimpan oleh beliau dalam bentuk spreadsheet. Kami memberi jaminan bahawa maklumat anda akan tersimpan rapi dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga. Ada cadangan untuk memaparkan nama ahli-ahli kita di website namun ia akan dibincangkan lebih lanjut seperti apakah maklumat yang akan dipaparkan dan lain-lain sebelum dilaksanakan.

Sila sebarluaskan borang ini kepada semua kenalan-kenalan kita. Harap kerjasama semua.

Semoga sasaran kita untuk mengadakan AGM berhasil dengan kehadiran lebih 200 ahli insyaAllah. Jutaan terima kasih atas kerjasama anda.

"Tiada yang mustahil bagi Alumni SAMTTAJ"




No comments:

Post a Comment